Transaksi
Apa kegunaan untuk dompet?
Kegunaan dompet dalam Cash Go adalah.
- Buat pesanan hantar wang
- Pindahan Peer-to-Peer
Berapa lama proses transaksi mengambil masa untuk diselesaikan?
Biasanya akan mengambil masa 2 - 3 hari perniagaan untuk menyelesaikan proses transaksi.
Adakah yuran tersembunyi untuk transaksi?
Tidak, semua yuran dinyatakan dalam transaksi anda.
Bagaimana untuk menyemak status pesanan?
Anda boleh menyemak status pesanan di skrin 'Track Status' dengan menggunakan nombor pengesanan tetapi hanya boleh menyemak untuk pesanan hantar wang. Untuk jenis pesanan lain, anda perlu log masuk ke akaun anda untuk melacak.
Berapa banyak wang yang boleh saya hantar dari Malaysia?
Tidak ada sebarang had untuk anda menghantar wang dari Malaysia, selagi anda mempunyai baki dompet yang mencukupi untuk melakukan transaksi ini. Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah akaun anda mesti disahkan oleh Cash Go jika tidak anda akan mempunyai had untuk transaksi anda.